PENULIS

Nama pena rasmi penulis ialah Wan Hanif Wan Hamid. Wanariahamiza hanyalah nama pena yang digunakan secara tidak rasmi. Dilahirkan pada 23 Julai 1995. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan (2002-2007), Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (2008-2012), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (2013-2014) dalam program Asasi Undang-undang dan Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah (2014-2018) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan seawal usia 15 tahun dan merupakan Alumni Minggu Penulis Remaja 2012. Penulis pernah menerima Hadiah Sastera Penulis Muda 2014 dan Hadiah Sastera Tunas Cipta 2015/2016 bagi kategori cerpen remaja. Karya pertama mendapat tempat di media ialah cerpen Pahit Itu Penawar manakala buku pertama yang diterbitkan secara perseorangan berjudul Teratak Berjasa. Selamat berkenalan dan salam ukhwah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan